BINTULU, 25 Jun 2026 – Di sebuah bilik di Pejabat Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu pada pagi Khamis, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom berdiri di hadapan lebih 40 penerima geran, memegang cek-cek yang akan diserahkan.

Hari ini, 25 Jun 2026, wang itu akhirnya sampai.

“Pagi ini kita menyerahkan RM594,400 kepada semua warga kita,” kata Dr. Rundi dalam Majlis Penyerahan Geran MRP DUN Kemena.

Jumlah itu iaitu RM594,000 kepada 43 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena, kelihatan sederhana dalam konteks perbelanjaan kerajaan negeri yang mencecah berbilion ringgit.

Namun bagi warga penduduk luar bandar di Kemena yang menerima geran itu, ia bermakna projek yang telah dijanjikan akhirnya dapat dimulakan, jalan tanah yang akan dikuatkan, kemudahan komuniti yang akan diperbaiki, kawasan pembukaan baharu yang akan dibangunkan.

Majlis yang turut dihadiri Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Sebauh Thadeus Ling Allu, dan Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Colin Patan itu berlangsung dalam minggu yang padat di Kemena, akan di selangi Pesta Sebauh dan Agrofest Sebauh. – kemenaupdate.com

#kemena#sebauh#bintulu#JagaSarawak#IntuSarawak#SarawakkuSayang#SarawakFirst

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here